
Siri 6: Aku Menulis Kerana Percaya
“Ibu boleh komen penulisan Manja. Sabtu dan Ahad ibu tak buat kuih.” Suara ibu mengejutkan aku. Aku tergamam. Terkejut dengan kata-kata ibu. “Betul ke ibu?
Ratijah Sundari berasal dari Pontian, Johor mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian, Johor sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sungai Ara, Pulau Pinang.
Selepas tamat persekolahan, beliau melanjutkan pelajaran di universiti dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Beliau pernah menjadi seorang guru di sekolah swasta di Seri Omega Private and International School Johor Bahru. Semasa di sekolah ini, beliau mengajar Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.
Selain itu, beliau juga berpengalaman sebagai Penolong Editor di Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. selama lima tahun untuk buku-buku Bahasa Melayu bagi sekolah rendah dan menengah.
Di samping itu, beliau turut berpengalaman sebagai editor untuk menyunting manuskrip. Beliau berkhidmat sebagai editor Bahasa Melayu di Pustaka Azhar selama 13 tahun secara separuh masa. Semasa di Pustaka Azhar, beliau telah menyunting manuskrip dari Malaysia dan Indonesia. Sehingga kini, manuskrip yang disunting melebihi 100 naskhah yang dipasarkan di Malaysia dan Singapura.
Di samping itu, beliau juga aktif dalam bidang penulisan. Antara karya penulis yang pernah terbit ialah antologi Serpihan Travelog Rindu terbitan Komuniti Menulis Malaysia (KISMy), Tuhan Bebaskan Aku terbitan Bonda Nor Resources, Anekdot Ragam Cikgu-cikgu dan Ragam Kerjaya di bawah KTR Press, Nota Kasih dan Nostalgia Kali Pertama di bawah penerbitan Big M Resources, antologi Puisi Ucapan Syawal Kuntuman Keampunan dan Puisi Kuntum-kuntum Sonian di bawah penerbitan Persatuan Penulis Johor, seterusnya Puisi-puisi Cinta Ramadan, Anekdot Ramadan, dan akhir sekali antologi Anekdot Syawal di bawah penerbitan Kalam Ilham Cipta Press.

“Ibu boleh komen penulisan Manja. Sabtu dan Ahad ibu tak buat kuih.” Suara ibu mengejutkan aku. Aku tergamam. Terkejut dengan kata-kata ibu. “Betul ke ibu?

Setelah berhari-hari aku melayan kesedihan, ibu hadir mengingatkan aku. Ibu berpesan kepadaku bahawa perpisahan yang bermakna mampu mengubah kita menjadi orang yang lebih baik. Ibu

Aku larut dalam khayalan. Tanpa aku sedari buku skrap yang dipulangkan sudah berada di tanganku. Sebagai sahabat baik Saira, sudah tentu aku sedih dengan pemulangan