Siri 8: Pengalaman Yang Mengajar Erti Hidup

Terima kasih Tuhan. Terima kasih kerana membebaskan aku daripada belenggu rindu sehingga aku mampu bangkit.

Begitulah keadaan aku selepas pemergian Saira. Oleh sebab terlalu rindu, aku berusaha untuk melakukan sesuatu perkara untuk mengawal kerinduan tersebut.

Aku risau jika kerinduan ini menjadi mudarat di kemudian hari jika aku gagal mengawal situasi.
“Ya Allah, andai penulisan ini baik untuk dunia dan akhiratku, maka kumohon permudahkanlah jalan untuk menyiapkannya.” ujarku.

“Ibu, Manja bimbang tulisan ini tidak cukup kuat untuk memberikan inspirasi.”
Sebaik-baik ibu mendengar kata-kataku,
ibu tersenyum manis. Tangannya mengusap bahuku.

“Perasaan bimbang itu tanda kamu peduli. Orang yang ada perasan bimbang dalam penulisan selalunya bersungguh-sungguh.”

Aku memandang wajah ibu. Ada ketenangan di situ.

“Ibu, penceramah mengajar cara menulis kisah inspirasi. Setiap cerita mesti ada nilai. Manja tidak yakin tulisan Manja mampu memberikan nilai atau tidak.” luahku jujur.

Ibu menggeleng perlahan.

“Menulis kisah inspirasi bukan bermakna kamu hilang keyakinan untuk membentuk nilai dalam cerita, tetapi membantu kamu menyudahkan cerita supaya orang lain nampak mesej yang kamu hendak sampaikan.”
Kata-kata itu meresap perlahan ke dalam hati aku.

“Yang penting, jangan berhenti. Allah tak nilai hasil semata-mata, Allah nilai usaha dan keikhlasan,” sambung ibu dengan suara yang menenangkan.
Aku tunduk. Pesanan ibu meruntun jiwa dan memberikan impak yang luar biasa.

“Niatkan hati kamu menulis kerana Allah. Menulis untuk memberi inspirasi. Kalau niat itu betul, Allah akan buka jalan,” kata ibu lagi, tegas tetapi penuh kasih.

Aku mengangguk. Setiap kali ibu memberikan nasihat, aku menjadi orang yang sangat teruja kerana ibu adalah sumber inspirasiku sejak zaman kanak-kanak.

“Orang yang kuat bukan yang tidak pernah gagal , tetapi orang yang kuat segera bangkit setiap kali gagal.
Teruskan menulis Manja. Tulisan kamu boleh menjadi panduan kepada orang lain untuk kembali bernafas dengan penuh harapan.”

Selepas ibu keluar dari bilik, aku kembali menatap skrin komputer. Kali ini hatiku lebih tenang. Fikiranku lebih lapang untuk menceritakan kisah selanjutnya.

Aku teruskan menaip satu perenggan demi perenggan dengan mesej yang jelas dan penceritaan yang sarat dengan nilai meskipun begitu sukar.

Nasihat daripada ibu bukan untuk melemahkan aku tetapi untuk membentuk aku menjadi penulis yang lebih matang.
Melalui penulisan ini juga aku kongsikan pengalaman yang mengajar aku erti hidup.

Selagi aku berusaha dan berserah, aku tahu Allah sentiasa bersamaku untuk merealisasikan impianku.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top