Siri 6: Aku Menulis Kerana Percaya 

“Ibu boleh komen penulisan Manja. Sabtu dan Ahad ibu tak buat kuih.” Suara ibu mengejutkan aku.

Aku tergamam. Terkejut dengan kata-kata ibu.

“Betul ke ibu? Tak sangka rupanya ibu juga pandai menulis novel.”

Aku berasa gembira sekali.

Masa zaman sekolah ibu dulu, ibu suka menulis karya kreatif.

Tetapi bukanlah pandai sangat, sekadar berikan komen bolehlah.”

“Manja, cuba praktikkan kaedah Puan Aliya untuk memulakan penulisan ya.”

Aku mula berfikir. Aku cuba melihat nota bengkel penulisan yang dihadiri baru-baru ini.

Aku menggunakan peluang yang diberikan ibu dengan sebaik-baiknya untuk menulis novel. 

Terdapat pelbagai teknik yang diajar oleh Puan Aliya semasa aku menghadiri bengkel penulisan.

Teknik penulisan ini perlu dipraktikkan untuk mengelakkan kesalahan dalam penulisan. 

Sekiranya tulisan tidak dikembangkan dengan cara yang betul,  hal ini amat menyusahkan pembaca untuk memahami isi novel tersebut.

“Manja, menulis novel bukan hanya tentang cerita, tetapi juga tentang menyampaikan pesanan kebaikan kepada pembaca,” kata ibu dengan lembut.

Aku berasa terharu dengan keprihatinan ibu. Aku bangga dapat belajar benda baharu. 

Pekerjaan menulis novel merupakan pekerjaan yang pertama kali aku lakukan.

“Sesungguhnya, setiap kata yang kita tulis akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah,” kata ibu mengingatkan aku tentang tanggungjawab seorang penulis.

Aku mengambil masa selama beberapa hari untuk menulis mengikut kaedah yang dipelajari sebelum ini. 

Pada kali pertama, aku berasa kekok menulis kisah pada bahagian pendahuluan kerana aku berasa ragu dengan binaan ayat yang mencabar, ada yang panjang dan ada yang pendek.

“Jangan menyerah, Manja. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” kata ibu memberikan semangat kepadaku.

Oleh sebab bahagian pendahuluan yang aku tulis tidak begitu jelas, ibu memberikan komen untuk aku membaikinya. 

Aku terpaksa menulis semula. Aku mencuba berkali-kali agar dapat menulis dengan baik.

Apabila  sudah kemas penulisan bahagian pendahuluan dan mendapat pujian daripada ibu,  aku menjadi semakin yakin.

Aku pun terus memulakan bahagian pengembangan cerita. Aku menggunakan teknik yang diajar oleh penceramah bengkel yang aku hadiri baru-baru ini.

“Semoga Allah memudahkan urusan kamu menulis novel,” kata ibu sambil tersenyum.

Aku tersenyum, aku rasa bersemangat dengan dukungan daripada ibu.  

Pada hari Sabtu dan Ahad aku menghabiskan masanya untuk menulis kerana pada hari tersebut aku bercuti daripada membantu ibu membuat kuih.

Tiba-tiba aku teringat akan Saira yang pernah mengajar aku menulis karangan. 

Saira sering kali mengambil tahu tentang kerja sekolah yang aku buat. Jika tidak siap, dia pasti membantu aku menyiapkannya.

Tapi kini keadaan sudah berubah. Saira tidak seperti dahulu.

Mungkin kerana rakannya yang kaya dan berjaya, Saira tidak mempedulikan aku lagi.

Aku tersentak daripada lamunan.

“Manja, jangan lupa niatkan menulis ini kerana Allah, bukan hanya kerana wang,” kata  ibu mengingatkan aku tentang kepentingan menjaga niat yang benar.

“Okey ibu.”

Pesanan ibu membuat aku sedar bahawa jangan terlalu leka mengejar impian sehingga terlupa mengejar akhirat.

Aku mula perbetulkan 

niat untuk menulis. Kali pertama menulis novel merupakan pengalaman baharu yang paling berharga. 

Rupa-rupanya menulis ini banyak memberi nilai dan pengajaran kepada aku, iaitu sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu tugasan untuk mengelakkan kesalahan. 

Sifat berhati-hati dalam penulisan ialah memperhatikan struktur ayat bagi setiap perenggan kerana tanpa perhatian tersebut, kandungan cerita novel  tidak dapat disampaikan dengan jelas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top